Sunday 24 March 2013

SMARTGEN-Y bermula di SMT Kuala Lumpur


Siapa tidak kenal jejaka tampan seMelaya ini. Johan As'ari, yang turut sama memberikan bantuan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam memberi ilmu dan perkongsian bersama para pelajar.

Penghargaan kepada beliau kerana turut serta turun padang dalam membantu para pelajar.


Millionaire Sisters turut sama memberikan perkongsian ilmu bersama para pelajar.



113 orang pelajar Perakaunan dari Sek Men Teknik Kuala Lumpur telah turut sama menjayakan program SMART GEN-Y Inspiration pada 23 Mac 2013.


Video tepukan semangat daripada pelajar-pelajar SMT Kuala Lumpur



Tuesday 19 March 2013

Bermulanya SmartGen-Y Inspiration di Malaysia


RINGKASAN PROGRAM

        Nama program SmartGen-Y Inspiration merupakan gabungan perkataan S.M.A.R.T yang memberi makna bahawa setiap strategi atau matlamat perlu terbahagi kepada lima (5) perkara iaitu ‘Specific, Measurable, Attainable, Realistic dan Timely’.  Lima perkara ini adalah penting dalam membentuk satu generasi yang lebih unggul, bermatlamat dan sukses pada masa hadapan. Perkara ini penting untuk membawa generasi Y pada landasan yang sepatutnya meskipun terdapat pelbagai ‘gangguan’ dan pancaroba hendonisme bermodenisasi yang mungkin mengganggu gugat fokus dan jati diri anak muda.

           Menurut akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Oktober 2012, seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj menyatakan bahawa belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal. Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih parah. Projek SmartGen-Y Inspiration adalah antara usaha untuk memupuk kesedaran membantu belia Gen Y supaya lebih ‘cerdik’ apabila berhubung dengan pentingnya pengurusan kewangan.

         Gen-Y merangkumi golongan Generasi Y yang cenderung kepada kolaborasi dan hubungan antara satu sama lain, interaktif serta menginginkan sesuatu secara pantas. Inspiration pula merujuk kepada ilham dalam membentuk dan menghasilkan sesuatu perkara . Maka program ini disimpulkan sebagai program latihan (training) untuk membentuk dan melahirkan generasi muda era teknologi terkini yang bijak dan pantas untuk menghasilkan satu matlamat (fokus utama kepada nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan) secara terperinci, berfaedah dan rasional seterusnya mampu meningkatkan produktiviti negara. 

                 Maka perkongsian ilmu dan pengalaman daripada insan-insan yang telah berjaya amat penting kepada golongan Gen-Y untuk menerajui kejayaan yang sama atau mungkin lebih baik. Berikut adalah senarai penceramah yang telah dijemput untuk menjayakan program ini:

SENARAI PENCERAMAH

Tajuk                : SMART-SELF : MENGENAL KERJAYA DIRI
Masa                 : 8.15 pagi- 9.45 pagi
Penceramah      : Cik Fairuz Binti Haji Ibrahim, Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber  Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Tajuk              : SMART-FINANCIAL MANAGEMENT
Masa                : 9.45 pagi – 11.00pagi
Penceramah     : Encik Suhaimi Abas  (Pengasas dan merangkap  CEO OTAi Franchise Sdn. Bhd)

Tajuk                  : SMART-YOUTH INSPIRATION : CABARAN & DUGAAN DEMI 
                            KEJAYAAN
Masa                   : 11.30 pagi – 12.30 tengahari
Penceramah      : Johan As’ari (Pelakon Juvana)

Tajuk                 : SMART-MILLIONAIRE INSPIRATION: USIA DAN GENDER BUKAN 

                           PENGHALANG KEJAYAAN
Masa                   : 2.00petang – 3.30 petang
Penceramah      : Nor Akmar Hanif dan Aida Nurlin Hanif (Ketua Pegawai Eksekutif 
Platinum Wealth Advisor menerusi jenama Amazing Millionaire Sisters )  



TENTATIF PROGRAM SMARTGEN-Y INSPIRATION

Tempat                : Dewan SM Teknik Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Tarikh                  :  21hb Mac 2013 (Khamis)


MASA
PERKARA
8.00 pagi
Pendaftaran peserta
8.30 pagi – 9.00 pagi
Ice-Breaking dan Pengenalan SMARTGEN-Y INSPIRATION
 Oleh : Cik Norzulaiqha Binti Zulkifli
             Perdana Leader Fellowship

9.00 pagi- 9.45 pagi
Psikometrik Holland Test: MENGENAL KERJAYA DIRI
Oleh : Cik Fairuz Bt Haji Ibrahim
            Unit Pengurusan Psikologi
            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS

9.45 pagi – 11.00 pagi
SLOT 1 : SMART-FINANCIAL MANAGEMENT
Oleh : En. Suhaimi Abas
            Pengasas dan CEO OTAi Franchise Sdn.Bhd

11.00 pagi – 11.15 pagi
Kudapan pagi

11.30 pagi – 12.30 tengahari
SLOT 2 : SMART-YOUTH INSPIRATION: CABARAN & DUGAAN DEMI
                KEJAYAAN
Oleh : Sdr. Johan Asa’ari (Pelakon Juvana)

1.00 – 2.00 petang
REHAT : Makan tengahari & SolatZohor
2.00 – 3.30 petang
SLOT 3 : Bersama Ikon Belia : SMART-MILLIONAIRE INSPIRATION
Oleh : Nor Akmar Hanif dan Aida Nurlin Hanif
            Ketua Pegawai Eksekutif
            Platinum Wealth Advisor menerusi jenama
            Amazing Millionaire Sisters  

3.30 petang - 3.45 petang
Kesimpulan program SMARTGEN-Y INSPIRATION
Oleh : Cik Norzulaiqha Binti Zulkifli
            Perdana Leader Fellowship

3.45 petang – 4.00 petang
Sesi Cenderamata
4.30 petang
Sesi Fotografi
5.00 petang
Bersurai

Sunday 3 March 2013

SMARTGEN-Y INSPIRATION



Program SmartGen-Y Inspiration atas gabungan perkataan S.M.A.R.T yang memberi makna bahawa setiap strategi atau matlamat perlu terbahagi kepada lima (5) perkara iaitu ‘Specific, Measurable, Attainable, Realistic dan Timely’



Gen-Y pula adalah merangkumi golongan Generasi Y yang cenderung kepada kolaborasi dan hubungan antara satu sama lain, interaktif serta menginginkan sesuatu secara pantas. Inspiration pula merujuk kepada ilham dalam membentuk dan menghasilkan sesuatu perkara . Maka program ini disimpulkan sebagai program latihan (training) untuk membentuk dan melahirkan generasi muda era teknologi terkini yang bijak dan pantas untuk menghasilkan satu matlamat (berfokuskan utama kepada nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan) secara terperinci, berfaedah dan rasional seterusnya mampu meningkatkan produktiviti negara. 


Justeru, atas dasar keprihatinan untuk melahirkan belia ‘Minda Bisnes’ maka program ini dijalankan dengan kerjasama sekolah-sekolah dalam mendedahkan pelajar-pelajar dengan cabaran dan faedah menjadi usahawan serta dijadikan platform perkongsian ilmu berkonsepkan sesi bual bicara dan ceramah bersama insan-insan yang telah berjaya. Sesi latihan ini dilihat sebagai ruang bagi mendidik pelajar tentang kelebihan menjadi usahawan dan berfikir berasaskan akademik dan membudayakan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam mengetengahkan potensi diri.


Program ini amat penting bagi memperkasakan idealisme pelajar serta berupaya dijadikan sebagai medan percambahan ilmu dan menjadi inspirasi kepimpinan dan keusahawanan kepada mereka. Permulaan kepada era melahirkan belia minda kelas pertama, SmartGen-Y Inspiration ini adalah salah satu aspirasi untuk membentuk belia-belia yang bijak dalam segala segi terutama pengurusan kewangan, pemikiran dan sikap.