Sunday, 3 March 2013

SMARTGEN-Y INSPIRATION



Program SmartGen-Y Inspiration atas gabungan perkataan S.M.A.R.T yang memberi makna bahawa setiap strategi atau matlamat perlu terbahagi kepada lima (5) perkara iaitu ‘Specific, Measurable, Attainable, Realistic dan Timely’



Gen-Y pula adalah merangkumi golongan Generasi Y yang cenderung kepada kolaborasi dan hubungan antara satu sama lain, interaktif serta menginginkan sesuatu secara pantas. Inspiration pula merujuk kepada ilham dalam membentuk dan menghasilkan sesuatu perkara . Maka program ini disimpulkan sebagai program latihan (training) untuk membentuk dan melahirkan generasi muda era teknologi terkini yang bijak dan pantas untuk menghasilkan satu matlamat (berfokuskan utama kepada nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan) secara terperinci, berfaedah dan rasional seterusnya mampu meningkatkan produktiviti negara. 


Justeru, atas dasar keprihatinan untuk melahirkan belia ‘Minda Bisnes’ maka program ini dijalankan dengan kerjasama sekolah-sekolah dalam mendedahkan pelajar-pelajar dengan cabaran dan faedah menjadi usahawan serta dijadikan platform perkongsian ilmu berkonsepkan sesi bual bicara dan ceramah bersama insan-insan yang telah berjaya. Sesi latihan ini dilihat sebagai ruang bagi mendidik pelajar tentang kelebihan menjadi usahawan dan berfikir berasaskan akademik dan membudayakan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam mengetengahkan potensi diri.


Program ini amat penting bagi memperkasakan idealisme pelajar serta berupaya dijadikan sebagai medan percambahan ilmu dan menjadi inspirasi kepimpinan dan keusahawanan kepada mereka. Permulaan kepada era melahirkan belia minda kelas pertama, SmartGen-Y Inspiration ini adalah salah satu aspirasi untuk membentuk belia-belia yang bijak dalam segala segi terutama pengurusan kewangan, pemikiran dan sikap. 


No comments:

Post a Comment